
Anonymous
5 tahun
Masalah buasir sebelum hamil
Saya sedang mengalami buasir…dan kini sedang hamil… Buasir yg saya alami adalah sejenis buasir yg tidak luka sewaktu membuang, tidak sakit tetapi mempunyai benjolan yg terkeluar… Pertanyaan saya, adakah benjolan ini menjadi semakin teruk ketika melahirkan dan sukar untuk melahirkan secara normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak puan, masalah buasir adalah biasa berlaku dalam kalangan ibu mengandung. Masalah ini berlaku kerana meningkatnya tekanan di dalam abdomen.
Bagi merawat masalah ini, anda amat disarankan untuk merujuknya kepada doktor bagi mendapatkan ubat yang sesuai bagi anda dan kandungan. Pendarahan yang berlarutan boleh menyebabkan kekurangan darah merah dan ini boleh memudaratkan. Untuk mengetahui risiko kelahiran dan masalah buasir anda disarankan untuk berbincang dengan doktor. Buasir boleh berulang, namun risiko boleh dikurangkan dengan langkah seperti:
- Perbanyakkan makanan serat
- Banyak minum air
- Elakkan mengangkat beban berat
- Rawat batuk berpanjangan
Untuk maklumat lanjut klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih