
Sulit
5 tahun
Masalah buasir yang berpanjangan
Saya berumur 44thn. Seingat saya, saya mengalami masalah buasir lebih dari 10thn. Mula dari tahun 2019 tanda2 buasir semakin ketara. Contohnya apabila perut seakan mengeras dan nampak gemuk, saya akan mula alami buasir tanpa henti untuk 5-6 hari. Selepas ituia stop untuk 2 bulan. Kemudian akan dtg semula. Baru2 ini darah buasir keluar tanpa saya sedari. Tahu2 aje pakaian sudah basah dgn darah dan ini terjadi ketika waktu bekerja. Adakah ini tanda yang merbahaya krn thn lps adik saya br dapat kanser usus sbb buasir. Tp buasir dia baru aje bermula lbh krg 1 minggu aje. Saya jenis takut ke hospital

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala najis berdarah dan cirit-birit yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan dalam usus oleh bakteria seperti salmonella, E.coli
- Penyakit radang usus
- Penyakit penghadaman seperti penyakit Coeliac
- Penyakit sindrom uremia hemolisis (Hemolytic Uremic Syndrome) akibat makan daging kurang masak
- Buasir
- Ketumbuhan dalam usus - risiko lain seperti sejarah kekeluargaan yang mempunyai ketumbuhan dalam usus, hilang berat badan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.