Sulit
5 tahun
Masalah cecair wanita
Saya ingin bertanya. Selepas bersama bby dengan suami, saya dapati ada cecair yg berwarna hijau keliar dari faraj. Mengapakah ia terjdi? Adakah jangkitan atau sebaliknya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah cecair bewarna hijau keluar dari faraj:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.


































