
Anonymous
5 tahun
Masalah cecair warna coklat keluar sebelum n selepas period
Saya sorang wanita berusia 34thn…sy pernah opret buang cyst 2 thn lepas…2 ke 3 bln ni mslh period sy dtg blk,senggugut yg teruk n sebelum period akan keluar cecair coklat…aliran darah haid hanye 4 ari…ari ke 5 perut sy masih bise di bhgian ari2 n cecair warne coklat masih kluar belarutan 5 ke 6 ari…sy mohon penjelasan dr doc n ape yg perlu sy buat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Antara maklumat yang kami perlukan adalah mengenai kitaran haid anda sebelum ini bagi mengetahui haid yang normal bagi anda. Hal ini adalah kerana setiap wanita mempunyai pola haid yang berbeza dan pada sesetengah wanita, gejala yang anda hadapi adalah normal bagi mereka.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih