
Sulit
4 tahun
Masalah cirit birit berterusan
Saya mengalami masalah kerap membuang air besar (cirit birit) yang berlanjutan selama 3 bulan. Kekerapan melebihi 10 kali sehari. Teksture watery .
Sejarah kesihatan - pernah melakukan pembedahan membuang hempedu pada tahun 2013. Mempunyai diabetes (pengambilan insulin)
Pernah membuat pemeriksaan doktor dan diberitahu bahawa pergerakan usus agak laju.
Tidak mempunyai masalah dengan selera makan .
Bolehkah pihak doktor memberi pandangan berkenaan simptom ini.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cirit-birit yang anda alami boleh disebabkan:
- Keracunan makanan
- Penyakit radang usus
- Jangkitan kuman dalam usus
- Kesan ubat-ubatan seperti antibiotik
- Masalah pankreas seperti radang pankreas
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.