
Sulit
5 tahun
Masalah dalaman vagina wanita
Saya wanita dalam 20’an, pda bulan 10 sya mengalami pendaran tetapi hanya satu hari sahaja,sangkaan sya maybe period sebab sya pernah mengalami situasi tersebut, tetapi dlm bulan 11 sya dpt lihat perubahan dari segi tubuh badan, perut sya membesar,sya cepat marah an selera makn sya bertambah, sya nak adkh ini simptom mengadung atau tak?
Lagi satu nak tanya ada tak kaedah untuk pulihkn keadaan period? Period sya tak menentu,sya taktau nak buat macam mana

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.