
ckeynrered
5 tahun
Masalah dan pembengkakan tiroid
Saya Shikin berumur 25 tahun dan mempunyai cahaya mata yang baru berusia 1 tahun 11 bulan. Saya mempunyai masalah tiroid. Pada usia anak saya 5 bulan, saya mengalami stress yang teramat teruk. Sehingga saya sakit, tak dapat tidur, sesak nafas dan rasa nak gila. Saya berjumpa doktor dan telah mengikuti nasihat doktor untuk mengambil sample darah dan membuat FNAC dan disahkan Colloid Goiter. Permasalahannya sekarang saya mempunyai persoalan dan ingin meminta nasihat doktor sekiranya :
1.Bolehkah saya mengandung lagi?
2.Perlukan saya membuat operation?
3.Adakah bahaya buat saya?
4.Saya rasa nafas saya pendek, adakah disebabkan pembesaran tiroid saya?
Sekian Terima Kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
1.Bolehkah saya mengandung lagi?
Ya
2.Perlukan saya membuat operation?
Bergantung kepada diagnosis yang dibuat dan keadaan anda. Bukan semua kes perlu dibedah
3.Adakah bahaya buat saya?
Bahay jika tidak dirawat
4.Saya rasa nafas saya pendek, adakah disebabkan pembesaran tiroid saya?
Kemungkinan besar, ya
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.