
Sulit
4 tahun
Masalah darah haid keluar lagi selepas haid
sya wanita berusia 23 thun.sya ada masalah berkaitan period…pda 1/3 ialah hari frst slpas sya priod …9 /3 saya dan suami bersama.27/3 saya period tapi smpai 6/7.3.2020…saya x ingt 6 atau 7 hri bulan…dalam tmpoh ni saya ada makan nenas…slpas 3 4 hari saya keluar darah balik .kluar slma 3 hari.darah yg keluar tu berketul2.smasa keluar sya ada test kalau2 sya ni mgndg.tapi ngtif…lpas 3hari sya test lagi…ngtif jugak…so soalan saya apa masalah yg saya hadapi skrg ni?blh Dr jelas kan…adakah sya mgndung?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah berwarna coklat yang keluar dari faraj setelah haid boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.