
Anonymous
5 tahun
Masalah Darah Haid sedikit
Saya seorang wanita berumur 33 tahun dan masih bujang. Setiap bulan saya datang period seperti biasa cuma kadang-kadang terawal 1 atau 2 hari and haid saya selalunya dalam 3-5 hari. Kitaran haid saya dari haid sebelumnya selalunya dalam 24 hari . Akan tetapi,setiap kali period, saya akan mengalami perasaan risau terlampau kerana darah period saya tidak banyak. Even hari pertama darah period saya tidakla begitu banyak akan tetapi saya tetap tukar pad 3 kali. Pada hari pertama, darah saya hampir-hampir nak penuhkan pad. Masuk hari kedua,darah saya kurang dan bila keluar pun tidak banyak hanya sedikit sangat. Kadang-kadang,masuk hari ketiga, saya seolah-seolah boleh mandi wajib tetapi hari keempat darah keluar semula secalit hingga berterusan ke hari ke tujuh. Setiap kali period, saya mesti makan nenas nak bagi darah saya keluar banyak. Saya tidak consume apa-apa ubat atau supplement. Saya jadi begini bila usia saya melangkau 30an. Saya tidak pernah berjumpa dengan doktor and saya selalu bercerita mengenai masalah darah period saya dengan kawan-kawan. Cuma saya hanya mengalami light sengugut dan ia tidakla teruk sangat and saya masih lagi boleh buat keje seperti biasa. Adakah normal doktor darah saya ini? Terima kasih doktor kerana sudi memberi nasihat kepada saya.

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, jangka waktu datang haid yang normal adalah antara 2-7 hari. Dan biasanya kebanyakan wanita datang haid selama 3-5 hari.
Terdapat pelbagai punca perubahan tempoh haid dan kitaran menstruasi anda. Selalunya ia dipengaruhi oleh perubahan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Keletihan
- Aktiviti harian yang sibuk
- Tekanan emosi
- Terlibat dengan kegiatan sukan lasak
- Perubahan berat badan mendadak
Sekiranya masalah ini membimbangkan anda, anda boleh rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara percuma. Terima kasih.