
Sulit
5 tahun
Masalah darah istiadah
Saya remaja berusia 17 tahun , mempunyai masalah haid di luar kitaran , atau dikenali sebagai darah istiadah . Darah keluar banyak macam period biasa dan saya mengalami sengugut juga pd hari ke 16 . Sebelum ni , saya ada juga period ber’gap’ tapi dlm tempoh 15 hari , cth macam saya stop period hari ke 7 , then dia sambung balik hari ke 12 , itu pun darah keluar sikit skit dan tak sengugut . Tapi kali ni darah keluar bnyak beserta dgn sengugut. Saya tak pasti itu sengugut ataupun tdak , yang psti sakit di kawasan rahim . Adakah ianya bahaya doc ? Saya risau sbb spm dah hampir dekat , tkut ada apa apa masalah berlaku .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.