
Sulit
4 tahun
Masalah darah keluar n upt samar²
Saya berumur 26 dan sudah bkahwin 1 thun lbih. Dan msh blm mempunyai cahaya mata. Minggu lepas saya cek upt jnis strip n cassette. Dua² result samar2. Sy cek hari isnin, rabu n jumaat. Result smar². Pagi semalam sy cek lgi, result still sma. Tp malam td mai senggugut n ttba keluar darah. Xbrp byk drah keluar. Tp mcm warna coklat. Pgi ni dh pakai pad dlm pukul 6.30 pgi mcm tu, n cek pad dlm pkul 12.00 pm mcm tu darah dkt pad xpnuh n drh mmg xbrp byk. Tp still rsa senggugut tu msh ad. Tmbahan pula tarikh period mmg xteratur jgk. Sy jga bca tentang tanda kehamilan. Byk jga tnda² yg saya bca tjadi dkt sy sejak dr mggu lepas. Harap doktor blh explain msalah sy. Trima kasih doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan gejala yang dialami oleh anda tersebut bermaksud anda hamil ataupun tidak kerana perkara ini memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor. Selain itu, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan keputusan ujian kehamilan menjadi negatif atau samar-samar, seperti:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Berikut pula beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah haid yang tidak teratur:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Anda masih risau tentang haid yang tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Walaupun begitu, kenyataan yang diberikan oleh anda memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor dan kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.