
Anonymous
4 tahun
Masalah darah period
Saya remaja perempuan berumur, 18 tahun. Saya keliru pada 1may2019 hingga 6may saya didatangi haid. Selepas itu pada 20/5 pula saya mendapati ada cecair warna coklat pula. Saya keliru sama ada itu darah haid atau pun tidak. Kadang, cecair coklat itu bercampur dengan darah sedikit. Tidak banyak. Yang lebih banyak keluar adalah cecair coklat. Boleh dr terangkan masalah saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini.Antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih