
Sulit
4 tahun
Masalah datang bulan yang terlalu lama
Saya wanita berumur 21 dan masalah datang haid yang terlalu lama… kadang2 sampai 1 bulan… darah keluar dengan sedikit…start mcm ni dari 2017 but on 2017 syvada pergi check 2 time…but doctor bagi ubat berhenti darah sja
Start 2020 my period tak normal sudah…selalubdatang bulan 1 bulan non stop…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan dan sejarah kesihatan yang anda berikan, untuk menangani permasalahan pendarahan haid berpanjangan ini, puncanya harus ditangani dan didalam kes puan, ianya adalah masalah fibroid. Terdapat faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan gejala yang serupa seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Antara rawatan lain bagi pendarahan berlebihan adalah seperti pil perancang keluarga, IUCD, rawatan hormon, kaedah “ablation” dan pembedahan. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.