
amalinabusyra4
5 tahun
Masalah datang haid lambat dan berat badan berlebihan
Assalamualaikum salam sejahtera saya wanita berumur 25 tahun , saya ingin bertanya mengenai masalah yang saya hadapi , saya ada masalah lambat datang haid sejak berusia 15 tahun lagi , kadang haid saya datang terlalu banyak dan sukar untuk saya buat kerja dengan baik , apabila datang haid sakit senggugut yang saya alami macam umpama keguguran anak , saya belum berkahwin , dan masalah berat badan naik since saya berusia 15 tahun lagi , saya buntu saya penghujung bulan 10 masalah saya makin teruk saya datang haid dan sukar untuk berjalan lalu saya pergi ke klinik kesihatan , first doktor amik darah dan saya tunggu sampai sebulan untuk ketahui ujian darah saya , saya datang semula ke klinik kesihatan untuk tahu keputusan darah saya dan doktor kata saya ada masalah hormon dan doktor pakar di klinik kesihatan sarankan saya berjumpa doktor pakar di hospital besar , namun appointment saya dengan doktor pakar mengambil masa yang lama saya rasa saya tak boleh tunggu kadang saya ada sakit dan darah saya tak tahu darah haid atau apa asyik keluar selama sebulan so doktor apa nasihat doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera untuk mengelakkan komplikasi pendarahan yang lebih teruk. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.