Sulit
6 tahun
Masalah demam cacing
Saya 16 tahun, saya dah dapatkan rawatan 10 days ago but saya still cepat letih,hilang selera makan,loya and sakit perut after makan. Saya kena pergi ambil darah ke? Saya pernah rasa letih sangat sampai sakit dada
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebetulnya keterangan yang anda berikan adalah masih kurang lengkap. Seandainya sudah didiagnosis oleh doktor, dan memulakan perawatan, sebaiknya anda merujuk kembali ke doktor dan membincangkan bahawa pengubatan sebelumnya belum efektif agar dapat diberikan perawatan lanjutan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























