amirulethnic
3 tahun
Masalah Denyutan Jantung
Pada bulan puasa , denyutan jantung sy adalah bersama 123 denyut per minute (setelah makan berbuka). Namun dalam keadaan seblom berbuka , denyutan jantung adalah 100 kebawah . Adakah ianya normal ? Sy berumur 24tahun .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah anemia (kurang darah)
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Pengambilan minuman berkafein
Oleh sebab itu, anda disarankan kurangkan/memperhentikan pengambilan minuman berkafein. Kemungkinan besar pengambilan kafein menyebabkan gejala yang anda hadapi. Sekiranya, gejala yang anda alami berserta dengan simptom lain seperti sesak nafas, rasa pening,sakit dada/ demam anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























