
mr.hope0808
2 tahun
Masalah depresi ke saya
Hello Dr…nama saya adam.,34 tahun,sudah berkahwin dan bekerja di sebuah syarikat swasta.Baru-baru ini saya mengalami masalah lesu,tidur sepanjang hari sehingga menjejaskan pekerjaan saya.Saya hilang fokus pada kerja kerana merasakan tidak diperlukan lagi dan takut akan diberhentikan bila-bila masa.Saya resah gelisah pada benda yang saya tak pasti.Saya pernah menangis sendirian.Pada masa yg sama saya mengalami batuk selesema dan demam sehari dua selepas itu sihat balik dan demam lagi seolah olah sukar sembuh sepenuhnya.Saya menyedari bahawa apa yang saya alami ini pernah berlaku 3 tahun lepas masa saya masih bujang tetapi saya berjaya melawannya dahulu dan berjaya melawannya untuk kali 2.saya dapat tahu mengenai depresi apabila dengar kawan sepejabat bercakap mengenainya .Saya terfikir perkara ini sama dengan yang saya alami dan terus google untuk cari maklumat.Adakah saya depresi?klu betul depresi saya risau tak dapat melawannya kalau berlaku lagi.Apa yang saya patut lakukan doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman encik, masalah kesihatan mental ini boleh disebabkan oleh penyakit kronik seperti tiroid dan “connective tissue disease”. Oleh itu, untuk mendapatkan kepastian, anda harus melawat doktor pakar untuk pemeriksaan fizikal dan ujian darah.
Buat masa ini, encik haruslah berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.