Sulit
4 tahun
Masalah di kawasan kemaluan
Hai doktor … saya seorang remaja perempuan yang berusia 20an … saya sering mengalami kegatalan di bahagian kemaluan saya menyebabkan berlakunya keputihan yang agak kuat… keputihan yang berlaku berwarna putih dan pecah dan kadang kadang jernih dan cair… saya mengalami masalah ini sejak beberapa bulan yang lalu … perkara ini tidak kerap berlaku tapi sekiranya berlaku ia berlanjutan dalam seminggu paling lama … untuk membuat pemeriksaan di hospital atau klinik saya agak malu kerna ia berkaitan dengan kawasan sulit saya … apakah yang harus saya lakukan …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- jangkitan kulat
- jangkitan bakteria vaginosis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.