
Anonymous
5 tahun
Masalah dinding rahim tebal
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nama saya nana dan berumur 31 tahun. Saya telah berkahwin selama 5 tahun tapi masih belun dikurniakan zuriat. Sy ada membuat imbasan pada bahagian rahim dan doktor menyatakan dinding rahim tebal, saya ada bertanyakan tentang penyebab kepada dinding rahim tebal dan solusinya, tetapi doktor menyatakan ini perkara biasa. Kemudian saya ada menggunakan khidmat rawatan urutan tradisional, tukang urut menyatakan bahawa air mani, tidak sampai ke tempat yang sepatutnya dan dinding rahim tebal kerana darah haid tidak keluar habis. Apa yang dikatakan tukang urut memang benar, kerana selepas ‘bersama’ suami, air mani akan keluar. Saya mohon untuk solusi mengeluarkan darah yang sepatutnya keluar masa haid sepenuhnya. Adakah perlu saya makan ubat untuk turunkan darah.
Saya juga kerap terkena kencing kotor, sakit ketika buang air kecil dan selalu rasa nk kencing. Harap doktor faham apa yang saya katakan, tak tahu betul atau tidak penceritaan saya ni
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, saya menangkap bahawa ‘penebalan rahim’ adalah kondisi yang juga dikenali sebagai ‘endometrial hyperplasia’.
Endometrial hyperplasia terjadi akibat ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan dinding rahim menebal dan tidak dapat gugur sebagai darah haid.
Untuk mendiagnosis penyakit ini, memerlukan riwayat lanjut tentang haid, berat badan dan riwayat kesihatan anda yang lain. Oleh itu, anda dianjurkan untuk ke doktor untuk dilakukan pemeriksaan yang lanjut seperti transvaginal ultrasound untuk mengukur ketebalan rahim.
Sekiranya diagnosis endometrial hyperplasia adalah benar, terdapat ubat hormon yang boleh diambil untuk mengembalikan keseimbangan hormon seperti normal kembali. Prognosis untuk penyakit ini adalah baik tergantung kepada jenis penebalan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.