
Sulit
3 tahun
Masalah eczema di muka. Kulit muka terlampau kering dah kemerahan setiap kali bangun tidur
Saya wanita umur 26 tahun menghadapi masalah eczema dimuka. Kebelakangan ini kulit muka saya menjadi sangat kering setiap kali bangun tidur dan kemerahan. Saya hanya mengamalkn cream sebagai moisturiser untuk mengelakkan kulit dari sentiasa kering. Bolehkah saya mengambil supplement omega-3 dalam diet saya untuk mengurangkan masalah eczema saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kekhuatiran dan ketidakselesaan anda berkenaan maslaah kulit pada muka kering. Anda juga ingin mengetahui boleh atau tidak untuk mengambil makanan tambahan bagi mengatasi masalah ini. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala permukaan kulit wajah yang kering boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya:
- cuaca sejuk
- udara kering
- pendedahan kepada bahan kimia yang keras dalam sabun atau produk lain
- mencuci kulit secara berlebihan
- kadar pH kulit yang tidak seimbang
Namun begitu, gejala-gejal terebut juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- psoriasis
- eczema
- malar rash
Sebaiknya dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang makanan tambahan agar tiada komplikasi di masa akan datang.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk menghubungi dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dalam mengenal pasti langkah yang terbaik, serta merujuk ke doktor pakar kulit sekiranya perlu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Kulit.