
Anonymous
5 tahun
Masalah gangguan Kitaran Haid
Saya wanita berumur 28 tahun… Masalah yg saya hadapi ialah kitaran haid sya hanya selama 3-4 hari shaja… Adakah ianya normal sebegitu?? Dan adakar dngan memakan lada,basahkan rambut dan meminum air sejuk@kopi akan membuat haid jadi tidak teratur?? Terima Kasih doktor…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kitaran haid normal: 21-35 hari, tempoh datang haid normal: 2-7 hari. Punca perubahan kitaran haid:
- Perubahan hormon akibat keletihan, tekanan emosi atau jadual harian yang padat
- Masalah berat badan
- Masalah tiroid atau pituitari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tiada sebarang bukti buat masa kin yang menyatakan pemakanan lada, basahkan rambut serta minum air sejuk/kopi yang akan membuatkan haid tidak teratur. Kitaran haid anda selama 3-4 hari adalah normal dan tiada masalah. Sekian.