Anonymous
6 tahun
Masalah gatal di bahagian alat sulit dan kawasan luar dubur
Saya wanita berusia 24 tahun saya sering mengalami masalah kegatalan di bahagian alat sulit dan di kawasan luar dubur…kadang kala saya sukar tidur malam akibat masalah tersebut…saya telah cuba macam2 cara untuk menyelesai kan masalah tersebut tapi tidak berhasil…apakah punca masalah ini berlaku?dan apakah yang boleh saya lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa punca masalah yang anda hadapi ini. Antaranya:
- Jangkitan kulat
- Masalah ekzema
- Jangkitan penyakit kelamin
- Kurang penjagaan kebersihan
- Kurang kerap mengganti pakaian dalam
- Pakaian dalam terlalu ketat
- Pakaian dalam dari jenis kain sintetik yang panas dan tidak menyerap peluh
Memandangkan anda telah cuba pelbagai cara untuk merawatnya namun tidka berhasil, saya sarankan anda merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut. Hal ini adalah kerana, maklumat lanjut diperlukan untuk memastikan punca masalah anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.













