
Sulit
4 tahun
Masalah gatal di celah paha dan gata bauh zakar
Saya lelaki berusia 48 tahun mengalami gatal2 di celah kangkang dan keradut buah zakar…saya dah cuba bermacam-macam jenama cream namun tak lega dan akan jadi balik bila beberapa hari tak sapu cream.
untuk maluman bauat masa cream yang serasi dengan saya adalah Fucigort saja, lain2 jenama dah cuba tapi tak berkesan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, ruam pada celah peha boleh berlaku kerana:
- Alergik Dermatitis Sentuhan
- Ekzema
- Kudis kulit (Scabies)
Ada pelbagai lagi punca ruam pada kulit dan hal ini memerlukan lebih maklumat. Anda boleh klik di sini
(DoctorOnCall) untuk bertanya secara privasi. Namun jika ruam tersebut semakin teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera atau menghubungi kami di link atas.