
Sulit
4 tahun
Masalah gatal-gatal celah paha
doktor saya nak tanya saya ada masalah gatal-gatal di celah paha saya dah pergi klinik doktor bagi ubat telan dan creams gatal masih tak hilang kali ke 2 saya pergi lagi klinik doktor beri injection dan ganti ubat lain untuk kurang kan gatal tapi masih tak berkurang rasa gatal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Kami memerlukan maklumat lebih lanjut untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh anda. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Radang kulit (dermatitis)
- Skabies
- Jangkitan kulit disebabkan oleh virus, bakteria atau kulat
- Penjagaan kulit yang tidak memuaskan
- Tidak mengambil dos ubat seperti yang dipreskripsi oleh doktor
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Sekiranya masalah anda berlarutan dan mengganggu aktiviti harian anda, kami sarankan agar anda berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk pemeriksaan lanjut dan mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami di atas talian secara peribadi. Terima kasih.