
aiman010115
3 tahun
Masalah gatal kepala
Saya lelaki yang berumur 18tahun mengalami masalah gatal kepala walaupun saya 100% yakin yang saya tiada kutu rambut…selalunya, rasa gatal2 ini muncul apabila saya makan makanan yang pedas dan saya terdedah dibawah terik cahaya matahari(tengah hari) dan kadang2 ketika saya berpeluh

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kulit kepala anda mungkin lebih sensitif menyebabkan mudah berasa gatal gatal. Biasanya makanan pedas dan berada di bawah panas juga menyebabkan peluh dan ini memudahkan bakteria membiak dan menyebabkan kegatalan bagi mereka yang sensitif seperti anda. Masalah kelemumur juga boleh menjadi punca kegatalan ini
Anda boleh dapatkan nasihat doktor atau farmasi bagi penggunaan syampu yang sesuai untuk merawat kegatalan ini. Jika masalah ini masih tidak selesai atau bertambah teruk, anda boleh mendaptkan nasihatn di klinik biasa dan dirujuk lebih lanjut kepada pakar kulit.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihatn dan rundingan lanjut. Terima kasih.