Sulit
4 tahun
Masalah gerakkan dada hingga kaki
Saya mempunyai masalah untuk gerak bahagian dada untuk bangun dari tidur atau baring. Adakah keadaan ini serious atau hanya biasa…
Apa yg patut dibuat untuk membolehkan bahagian berkenaan bergerak semula
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang hal ini. Pun begitu, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- ketegangan otot pada dada
- sakit dada sehingga tidak dapat bergerak
- masalah berkaitan tulang
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan mengganggu aktiviti anda, terutama sekali jika anda mengalami gejala seperti kesukaran bernafas, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih


































