
Sulit
4 tahun
Masalah gigi susu bergoyang
Saya berumur 22 tahun,selama ini saya tidak pernah cabut susu saya. Sekarang kesemua gigi geraham saya bergoyang, mungkin ada berlubang dan berbau juga. Apa punca perkara ini berlaku ya? Jika saya cabut gigi susu saya,adakah akan tumbuh semula ataupun tidak?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Untuk makluman anda, kami tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pergigian. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor pergigian untuk melakukan pemeriksaan dan mendapatkan nasihat atau rawatan bagi masalah gigi anda.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Sebagai pendapat am, gigi bergoyang dan berlubang boleh disebabkan masalah berikut:
- Keradangan gusi
- Jangkitan kuman
- Trauma pada gigi
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.