Sulit
3 tahun
Masalah gigi yang tidak teratur & gigi kuning
Saya berumur 23 tahun… Dalam tempoh dua tiga tahun ini saya telah kehilangan 2 gigi di bahagian bawah iaitu gigi geraham… Dan saya biarkan ianya kosong tanpa menggantikan nya dengan gigi palsu… Adakah mungkin, gigi saya menjadi tidak teratur disebabkan ketiadaan gigi tersebut? Saya juga telah kehilangan satu gigi di bahagian atas… Dan saya perasan ada satu gigi saya tak tersusun elok dimana ianya agak kebelakang… Adakah faktor kehilangan gigi itu menjadi punca gigi saya itu bergerak ke belakang?
Satu lagi, macam mana hendak atasi masalah gigi kuning? Ada cara untuk putihkan kembali?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang keadaan selepas cabut gigi.
Untuk makluman anda, apabila wujudnya kekosongan gigi pada bahagian gusi tertentu ia membolehkan pergerakan dan penjarakkan gigi. Penjarakkan ini akan berlaku secara perlahan lahan dan mengambil masa yang lama untuk melihat perubahannya. Masalah gigi kuning adalah perkara biasa yang dialami oleh semua orang, anda boleh merujuk dua perkara ini kepada doktor gigi bagi cadangan dan rawatan yang betul
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.