
Sulit
4 tahun
Masalah gusi selepas gigi dicabut
sy nk brtnya, hari ahad yg lalu sy cabut gigi geraham atas… dan sehari selepas cabutan tu, ada darah beku di tmpt cabutan trsebut dan ianya normal. tapi bila hari kedua selepas gigi dicabut, gusi yang sblm ni ada darah beku bertukar mnjdi wrna seakan2 kelabu. adakah masalah ni serius atau bgmna ya? apa punca yg mnybbkn ini brlku dan mcm mna nk atasinya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Gusi yang bertukar warna seakan-akan kelabu atau hitam perlu dinilai oleh doktor gigi dalam waktu yang terdekat kerana dikuatiri boleh menjadi tanda-tanda seperti:
- jangkitan kuman pada kawasan ekstraksi gigi
- gangguan perdarahan atau pemulihan
- tissue necrosis
- benda asing
Atau ia juga hanya menandakan proses pemulihan yang masih di tahap pembekuan.
Justeru untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut di doktor gigi yang terdekat. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).