
Sulit
4 tahun
Masalah Haid berpanjangan sehingga hari ke-26
Saya wanita berumur 30 tahun dan telah berkahwin. Saya telah mengalami haid yang berpanjangan sehingga ke hari ini ada hari yang ke-26. Pada minggu lepas, saya telah berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan dan tiada sebarang masalah pada rahim saya. Doktor hanya memberikan ubat henti darah (tranexamic acid 250mg) dan ubat tambah darah sahaja. Saya telah menghabiskan ubat tersebut, namun haid masih keluar. Saya kemudian nya mencuba ubat Norethisterone selama 2 hari dan keadaan masih sama namun darah haid keluar semakin banyak. Apakah yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid berpanjang yang anda alami kebelakangan ini, walaupun telah berjumpa dengan doktor dan menggunakan ubat-ubat untuk mengurangkan pendarahan tersebut. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi yang boleh dikaitkan dengan masalah anda berdasarkan percubaan untuk merawatnya iaitu:
- Masalah tiroid yang boleh mengganggu keseimbangan hormon serta kitaran haid anda. Sila pantau jika anda mempunyai simptom-simptom tiroid seperti menggigil, keruaman dan kegelisahan.
- Masalah penyakit darah seperti kurang platelet ataupun pembekuan darah yang lemah.
- Ketumbuhan polip atau fibroid yang masih awal tetapi telah menyebabkan pendarahan. Sila berjumpa dengan doktor anda sekali lagi bagi memastikan terdapat tiada ketumbuhan di dalam rahim.
- Penyakit sista ovari (Polycystic Ovarian Syndrome) yang boleh menyebabkan haid tidak teratur, juga boleh mengganggu kitaran dan pendarahan haid.
- Penyakit keradangan pada ruang pelvis (PID) yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI. Selalunya ia akan disertai simptom sakit perut bahagian bawah pusat.
- Kecederaan pada rahim yang belum sembuh atau parut pembedahan yang terbuka (Caesarian section).
- Kanser rahim atau ovari.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekali lagi bagi menjalani ujian kesihatan lebih lanjut bagi mengenalpasti punca masalah anda. Sementera itu, sila pantau diri anda sekiranya anda mengalami simptom-simptom lain seperti menggigil, demam, kegelisahan, sakit perut pada bahagian bawah pusat, senggugut yang tidak berkait dengan kedatangan haid, serta pengeluaran lendiran keputihan yang aneh dari lubang faraj.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.