
Anonymous
5 tahun
Masalah Haid & darah berketul
Saya berumur 33 tahun. 6 tahun berkahwin tp masih belum mempunyai anak… Kitaran haid dari bujang sehingga 2 bln lepas sgt baik mengikut Kitaran. Bulan lepas, period xdatang sebulan. Bulan ni period dtg mengikut kitaran. Tapi hari per1-3 sedikit darah. Hari ke 4 hingga ke 9 hari ni darah keluar xmenentu dan ada ketulan darah. Ini kali pertama jadi seperti ini. Normal period saya biasanya 6-7 hari.
Adakah itu normal atau sebaliknya?
Berat saya naik terkini 110kg.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah haid yang tidak menentu ini adalah masalah biasa yang dialami oleh semua wanita. Terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan ini berlaku. Antaranya :
• Gangguan hormon
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hipothyroidism dan hiperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Namun jika melihat kepada berat badan puan, masalah haid tidak teratur ini boleh terjadi disebabkan itu juga. Ini kerana gangguan hormon boleh terjadi sekiranya wanita tersebut mempunyai berat badan berlebihan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.