
Sulit
3 tahun
Masalah haid,datang bulan awal
hai saya perempuan berusia 25 tahun, saya ingin tahu mengenai masalah haid/period saya. hujung bulan 10(29-30/10/21) hari itu saya ada melakukan hubungan intim dengan kekasih saya pada waktu itu saya dapati peluang untuk mengandung adalah tinggi, kami tidak mengunakan sebarang alat keselamatan. 2 hari kemudian saya mengambil postinor2. kemudian pada 17-22/11/21 saya telah datang bulan.kemudian pada jumaat 2/12/21 saya dapati ada darah keluar dari faraj saya tetapi darah itu sedikit berlainan ia seperti darah luka dan ia berlanjutan sehingga hari ini 8/12/21…dan darah tersebut sedikit berbeza dari period saya…sebab dia turun kadang xturun.boleh bantu saya untuk tau apa masalah dengan haid/period saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Gangguan hormon
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan terlalu rendah
- Fibroid dalam rahim
- Policystic Ovary Syndrome
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Berdasarkan pernyataan anda di atas, anda menyatakan bahawa anda telah mengambil pil perancang kehamilan selepas bersama dengan teman lelaki anda. Untuk makluman anda, pil perancang kehamilan tersebut juga boleh menimbulkan kesan sampingan haid anda menjadi tidak teratur.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan