Sulit
4 tahun
Masalah haid disebabkan hormon atau kesan pengambilan depo.. dan perancang untuk mengadung lagi
sebelum ni saya ambil perancng pil dan saya stop dan saya ambil perancang depo… sekarang dah 6 bulan saya stop ambil apa2 perancang… sebab plan untuk mengadung lagi… semasa saya ambil depo saya tak pernah datang haid smpai sekarang… bulan lepas 8/12 saya ada datang period cuma sedikit hanya satu hari dan 31/12 datang period juga tapi sedikit hnya satu hari juga(darah warna macam akhir period) … adakah masalah hormon atau kesan depo???
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan suntikan depo adalah pendarahan yang berpanjangan, tidak datang haid atau spotting. Kesan ini adalah berbeza bagi setiap individu. Terdapat kemungkinan pendarahan yang anda alami adalah disebabkan oleh kesan suntikan tersebut. Namun saya juga tidak menolak kemungkinan lain yang boleh menyebabkan pendarahan sebegini.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.



































