
Sulit
4 tahun
Masalah haid sedikit tetapi lama
Salam doc. Saya perempuan 17 tahun. Jangka masa darah saya keluar antara 10-13 hari. Kemudian habis dan 7 hari selepas itu saya period lagi. Kitaran ni sama sejak saya first period. Kuantiti darah saya sedikit dan saya hanya gunakan satu pad sehari. Adakah ia normal dan apakah cara untuk saya ubatinya. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang sedikit tetapi lama. Untuk makluman anda, gejala seperti ini dapat disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Stress
- Keletihan
- Jadual aktiviti harian yang berubah
- Perubahan berat badan mendadak
- Pengambilan pil perancang atau ubat-ubatan tertentu
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Sila rujuk kepada doktor haid anda yang seterusnya semakin sedikit atau masalah lain seperti kitaran haid tidak teratur atau masalah haid berpanjangan atau berlebihan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid yang sedikit? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu