
Sulit
5 tahun
Masalah haid tak menentu
sya berusia 25 tahun, sya dh kawin 5tahun, selepas kawin, sya mengalami masalah haid tak menentu… awalnya saya pernah terkena jangkitan kuman, selepas tu, sya sembuh… setahun selepas saya sembuh, sya mula mengalami haid tak menentu… dlm sebulan, sya akan mengalami 2x haid… cth… dlm bulan 7,sya haid 1/7 - 8/7,seminggu kemudian sya akan haid semula selepas sya bersama dgn suami… yg kedua, sya dtg haid pd 31/8 hingga 10/9 (10hari)…selepas 3 hari habis sya sekarang ni memdapati ada tompokan darah berwarna gelap…apakah itu normal?? atau x??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.