
Sadie
6 tahun
Masalah haid tak teratur lepas makan pil perancang
Hai .saya nk tanya bulan ni sy mkn pil perancang cuma sekali sebiji .dan sy ada masalah haid tak teratur…skrg darah saya tak byk keluar seperti biasa dan berlanjutan 2 hari.adakah ini masalah yg serius

6 tahun
Salam sejahtera.
Terdapat dua kondisi sahaja di mana haid yang lewat adalah normal, iaitu semasa haid baru bermula atau semasa haid kian berakhir atau menopos. Punca-punca lain yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Berdasarkan kenyataan anda di atas, punca yang paling disyaki adalah pil perancang keluarga. Pil perancang keluarga secara amnya jarang menyebabkan kesan sampingan tetapi sesetengah pesakit boleh mengalami gejala seperti perdarahan haid tidak tentu, tekanan emosi, payu dara sakit, senggugut, penambahan berat badan, masalah tidur dan sebagainya.
Namun demikian, kitaran hormon yang tidak teratur selepas pengambilan satu pil sahaja adalah jarang. Anda berkemungkinan mengalami kondisi lain yang menyebabkan gejala haid tidak tentu. Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin.