Sulit
4 tahun
Masalah haid tidak lancar yang saya alami Sudah beberapa tahun sebelum ini
Saya berumur 25 saya mengalami masalah haid saya tidak lancar sepert dulu sekarang boleh dikira berapa kali sja datang bulan dalam masa satu tahun mungkin dalam 4 kali sja saya tidak tahu apa masalah Saya sngat2 risau betul kalau ada masalah2 lain
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang maslah haid anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah haid anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Umur
- Berat badan yang terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan pemakanan (anoreksia atau bulimia)
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.



























