
Sulit
4 tahun
Masalah haid tidak normal dan mengalami kesakitan sewaktu haid
Hai doctor . Nama saya yaya , saya mengalami masalah perubahan kitaran haid yang berbeza. Di mana pada bulan januari 2021 saya mengalami haid yang panjang iaitu 14 hari bermula 14/1/21 sehingga 27/1/21 dan pada bulan ini pula period saya datang pada tarikh 25/2/21 dan pada hari ini iaitu hari kedua period saya, saya mengalami masalah period pain yang sangat teruk dan sangat sakit sekali . Berbeza daripada sebelum ini . Dan untuk pengetahuan doctor ini merupakan kali pertama dalam hidup saya mengalami perubahan kitaran haid dan ianya amat merungsingkan saya . Boleh ke doctor perjelaskan kepada saya samaada ianya normal atau tidak ya?
Maaklumat lain
- sudah berkahwin
- belum mempunyai anak
- pernah menjalani rawatan bersama pakar o&g di hospital segamat
- results normal
- pernah menjalani iui program pada 27/10/20
- iui fail
- then tiada terima tca semula sehingga Hari ini.
Mohon pendapatan doctor apa yang perlu saya buat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid tidak teratur seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Polip atau fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancang kehamilan (pil, implan, suntikan, IUCD)
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Haid yang tidak teratur adalah tidak normal dan memerlukan pemeriksaan lanjut. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor kerana perkara ini memerlukan perhatian anda dan juga doktor dan perlu ditangani dengan segera.
Mengenai haid yang mendatangkan sakit, ia boleh berpunca daripada:
- Endometriosis atau adenomyosis
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
- Kanser rahim atau serviks
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari.
Anda juga perlu berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Jantung berdebar atau berdegup laju (palpitations)
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Lemah dan lesu
- Pucat
- Pitam
- Gejala yang anda alami mengganggu kehidupan seharian dan tidur anda
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.