Anonymous
6 tahun
Masalah haid tidak normal
Doctor. Saya berusia 25tahun, selama ini saya tidak mempunyai masalah ketika haid. tetapi bulan ini dan bulan lepas saya dapati haid saya berupa lendir. Which mean darah keluar tapi dlm bentuk lendir. Kenapa ya doktor? Bulan lepas saya pergi check untuk cyst tetapi tidak ada cuma doc kata ada darah beku dalam rahim. Saya risau kerana perut saya terasa keras bila ditekan tapi untuk kes cyst or fibroid tak mungkin ada sebab dah check katanya takde. kenapa ya period saya begitu? adakah ia normal?
6 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berkenaan dengan darah beku yang keluar sewaktu haid, ini adalah perkara normal. Apabila darah yang gugur dari dinding rahim tersimpan lama di dalam rahim akibat pintu faraj atau serviks tertutup, maka ia akan membeku. Kemudian apabila anda mula datang haid, darah tersebut akan keluar dalam bentuk lendir atau darah beku tersebut.
Oleh kerana doktor anda telah mengesahkan tiada sebarang abnormaliti di dalam rahim anda, anda boleh memantau keadaan anda buat masa ini. Sekiranya terdapat sebarang simptom yang membimbangkan, anda boleh rujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan lanjut. Anda boleh klik link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian.
Harap membantu. Terima kasih.





























