
Anonymous
5 tahun
Masalah haid tidak teratur dan ingin merancang kehamilan
saya wanita berusia 20 an. sudah berkahwin. saya mengalami haid tidak teratur sejak kali pertama kedatangan haid ketika berusia 11tahun. saya pernah merujuk hospital dan beberapa kali membuat urine test dan blood test. result normal. tiada masalah. sejak dua tahun lepas doktor memberi saya ubat hormon (medroxyprogesteron). malangnya period saya hanya datang sekiranya saya mengambil ubat hormon sahaja. kali terakhir saya mengambil ubat hormon pada bulan 5 dan pada bulan 6 saya tidak period kerana tidak mengambil ubat teraebut. saya sedang merancang kehamilan. kerana sudah dua tahun berkahwin. boleh doktor suggest rawatan/apa yang patut saya buat. saya ada mengambil asid folic (appetton) sejak awal perkahwinan. ada wajar saya terus mengambil asid folic atau baik berhenti?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Punca-punca yang boleh menyebabkan haid lewat termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Berat badan yang berlebihan atau kurang
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Oleh itu, terapi yang diberi untuk suatu tempoh masa adalah supaya haid anda teratur dan pakar doktor dapat menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui fungsi organ wanita anda. Anda dan pasangan juga dapat membantu proses kehamilan dengan cara mengamalkan diet pemakanan yang sihat, bersenam dan saling menjaga emosi dan keadaan mental masing-masing. Berkenaan dengan pengambilan folic acid pula berfungsi untuk penambahan darah dan melindungi perkembangan sistem saraf janin.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor pakar wanita atau doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.