
Sulit
4 tahun
Masalah haid tidak teratur dan tidak datang haid sampai 6-9 bulan kadang melebihi
Hye doctor…umur saya tahun nie 28 tahun…sudah berkahwin, masa² masih remaja @blum bkahwin sya ada dtang haid spt biasa …smakin usia saya mningkat haid sya tkadang lambat smpai 2 bulan, beberapa tahun kebelangkangan ini setelah saya bkahwin almost 5 years tahun nie…haid saya semakin mjadi tidak dtang smpai 6-9 bulan kadang² hmpir stahun…jika dtang haid pun cuma sikit saja …mcm calitan saja tp bukan berwarna merah…haid saya berwarna hitam kepekatan dan kecoklatan…dalam 1 tahun boleh dikira sya dtang haid…dlu saya pernah jumpa doctor tiap² bulan dan diberi ubat hormon, tiap kali sya makan ubat itu mmg sya akan dtang haid spt biasa…disbbkan sya tinggal jauh pedalaman untk bjumpa doctor tiap bulan sukar buat sya…jadi sya bhenti pergi klinik tiap bulan smpai skrang…adakah ada kesempatan buat saya untuk hamil…

4 tahun
Salam sejahtera terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala haid tidak teratur ini selalunya merupakan perkara yang biasa dialami oleh segelintir wanita yang sihat, dan selalunya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon wanita yang mempengaruhi kitaran haid. Namun, ia juga menandakan sesuatu penyakit yang mungkin dialami sekiranya perkara tersebut berlarutan atau disampingi dengan simptom-simptom lain seperti sakit payudara, masalah kesuburan, sakit senggugut yang tidak berkait dengan kedatangan haid serta penurunan berat badan yang mendadak.
Terdapat beberapa penjelasan atau faktor dan penyakit yang boleh menjelaskan masalah anda iaitu:
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah kencing sakit.
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami sarankan anda mencuba demikian untuk memperbaiki kitaran haid anda iaitu:
- Kurangkan stress
- Amalkan pemakanan yang sihat mengandungi fiber dan vitamin
- Cukupkan rehat dan tidur
- Amalkan senaman yang seimbang (tidak kurang dan tidak lebih).
- Banyakkan minum air
- Kurangkan pemakanan yang kurang berkhasiat
- Kurangkan merokok dan minum alkohol.
Sekiranya gejala ini berlarutan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai perkara ini untuk mendapatkan siasatan kesihatan lebih lanjut bagi mengenal punca masalah anda, serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!