
Sulit
5 tahun
Masalah haid tidak teratur selama setahun
Saya berumur 25 tahun dan saya mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur. Sometimes 6 bulan sekali , or setahun 2 kali saja period. Saya ada berjumpa doktor pakar wanita dan doktor tersebut sarankan saya untuk makan pil hormon selama 8 bulan. Boleh ke pil hormon diambil untuk jangka masa yg lama ya? Masalah berat badan juga mempengaruhi juga ka doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pil hormon ini digunakan untuk merawat masalah seperti:
- Haid tidak teratur
- Haid berpanjangan dan berlebihan
- Perancangan keluarga
Ubat ini boleh memberikan kesan sampingan
- Muntah dan loya
- Sakit kepala
- berat badan boleh meningkat
- Sakit yang sederhana pada payu dara.
Walaubagaimanapun, terdapat 2 jenis pil hormon. Pil hormon yang mempunyai 2 hormon membuatkan berat badan naik manakala pil hormon yang mempunyai satu jenis hormon tidak menaikkan berat badan.
Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut tentang keperluan untuk anda mengambil ubat ini.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.