Anonymous
6 tahun
Masalah haid wanita tidak teratur
Sy wanita berumur 22 tahun. Mengalami haid tidak teratur. Lebih 3tahun tak datang haid. Saya jadi risau kenapa ya doc. Adakah saya ni mempunyai penyaki?? Saya sudah pergi klinik tdkt dn doc dsna bilang mslh hormon. Doc tolong sy. Dan saya baru 2bulan kawin. Jadi sy bimbang tak boleh mengandung… Runsing hati saya doc.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami simptom yang dipanggil oligomenorrhea atau amenorrhea. Terdapat beberapa penyebab masalah ini, antaranya:
- Masalah hormon tidak stabil akibat keletihan, jadual yang padat atau bergiat terlalu aktif dalam sukan dan stress
- Masalah berat badan juga boleh mengganggu keseimbangan hormon
- Masalah tiroid atau pituitari
- Masalah struktur ovari, rahim atau cerviks seperti polycystic ovari
Daripada keterangan yang anda berikan, terdapat kemungkinan masalah ini berkait dengan cyst tersebut. Namun kemungkinan punca lain perlu juga dipastikan. Untuk makluman anda, ujian pap smear biasanya dilakukan bagi mengesan masalah pada serviks, ujian lain perlu dilakukan bagi menegsan masalah lain dalam rahim.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























