
Sulit
4 tahun
Masalah haid yang meragukan
sy wanita 22 tahun belum berkahwin. sy sdh habis haid 13 feb yg lalu tapi msi ada tompok2 darah kluar sedikit2. Pagi tadi kluar drh yg agak bnyk, sy rsa segugut dan back pain. sy jg sering diserang pening yg berdenyut denyut. berat badan menurun dari 52 ke 48kg (tinggi 163cm) Mohon penjelasan apakah mslah yg sy hadapi?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala sakit senggugut umumnya didefiniskan sebagai sakit perut yang teramat sangat sehingga dapat mengganggu nafsu makan minum dan diikuti dengan gangguan berjalan dan menyebabkan anda menekan perut / bongkok yang dapat berlaku selama beberapa hari.
Untuk makluman anda, sakit semasa haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim (kadar fluktuasi hormon yang melebihi normal atau melebihi kemampuan tubuh untuk bertoleransi)
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Anda perlu segera berjumpa doktor yang terdekat semula, sekiranya mengalami:
- Pitam atau kelesuan badan
- Kejang atau menggigil
- Mual dan muntah
- Pening atau sakit kepala yang berat
- Aktiviti atau kerja harian amat terganggu
- Terdapat perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.