nnarzera
5 tahun
Masalah haid yang saya alami
Hai doktor.
Saya berumur 25 tahun. Dh berkahwin. Selalunya bila saya haid, kitaran darah dalam 7-8 hari. Pada hari 1-4 memang keluar banyak. Namun pada hari 5-8 drh keluar sedikit shj. Namun pada haid kali ini, saya kitaran darah yang keluar hanya 3 hari. Masuk hari ke 4 dh bersih. Adakah normal doktor?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kitaran haid normal adalah antara 21-35 hari, manakala tempoh datang haid normal pula adalah 2-7 hari. Punca perubahan kitaran haid:
- Perubahan hormon akibat keletihan, tekanan emosi atau jadual harian yang padat
- Masalah berat badan
- Masalah tiroid atau pituitari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Pada amnya, kitaran haid anda masih berada dalam linkungan normal. Sekiranya anda mempunyai masalah berkenaan haid atau kesihatan secara amnya, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























