
Sulit
5 tahun
Masalah haid yang tak teratur
saya wanita yang dah berkahwin dan baru lepas bersalin pada bulan 6 lepas.bulan 8 baru nie pada 18 hari bulan saya datang haid sampai pada hari ke7,dan pada hari ke12 saya datang lagi.adakah period saya normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai kemungkinan penyebab haid tidak teratur, namun begitu bagi anda yang baru lepas 6 bulan melahirkan, hormon anda mengambil sedikit masa untuk kembali normal. Oleh itu, ia mungkin menjadi penyebab gangguan terhadap kitaran haid anda. Antara punca lain haid tidak teratur adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.