Sulit
4 tahun
Masalah haid yang tidak teratur dan keluar lendiran putih jenih
Saya berumur 20 tahun dan saya sudab tidak datang bulan selama hampir 5 bulan doktor apa patut saya buat? Dan semenjak dua menjak ni lendir putih jernih asyik keluar dari miss v saya walaupun saya da basuh banyak kali dia still tak berhenti keluar kenapa ye dr? Saya risau tapi takut nak pergi klinik😔
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Manakala masalah keputihan yang seperti anda nyatakan boleh disebabkan masalah kesihatan:
- keputihan fisiologi
- jangkitan kulat
- jangkitan gonorrhea
- jangkitan chlamydia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih.



























