Sulit
3 tahun
Masalah hati dan diebetis
Bolehkah pesakit yang mempunyai masalah hati fan kencing manis mengambil multi vitamin
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, vitamin A dan Niacin tidak digalakkan kepada pesakit hati kerana boleh menyebabkan kecederaan pada hati. Bergantung kepada kandungan multivitamin tersebut, jika terdapat vitamin A dan niacin, pesakit tidak disarankan untuk mengambilnya. Makan pemakanan seimbang. Amalkan konsep suku, suku, separuh. Separuh buah dan sayur-sayuran, suku nasi dan suku protein. Pemakanan yang seimbang akan melengkapkan vitamin yang diperlukan badan.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.