
Sulit
4 tahun
Masalah hati dan sukar bernafas
Assalamualaikum dan selamat sejahtera doktor. Sebelum ni saya sukar bernafas ketika baring. Kemudian, semalam saya ada try satu produk, minuman aloe vera. Dan bila saya minum, rasa pahit, tapi emak saya cuma rasa masam. Dan penjual tu pun menjelaskan yang hati/ jantung saya dah mula ada problem. Antara faktornya sebab saya selalu tidur lewat. Tapi kebelakangan ni saya dah start tidur awal, tapi masih sukar bernafas waktu baring dan sesak nafas waktu duduk (kadang-kadang). Dan saya juga mudah letih. Jadi, saya mohon pencerahan doktor. Macam mana dengan situasi saya sekarang. Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam masalah ini. Untuk pengetahuan anda, sesak nafas ketika baring (orthopnea) boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- kegagalan fungsi jantung
- penyakit salur darah paru-paruparu-paru basah (pulmonary edema)
- radang paru-paru yang teruk
- penyakit rongga paru-paru seperti: pleural efusi
- obesiti
Anda perlu berjumpa dengan doktor dengan segera jika mempunyai simptom-simptom ini bersamaan dengan sesak nafas ketika baring:
- bengkak pada bahagian kaki dan pergelangan kaki
- demam dan batuk
- nafas berbunyi
- sesak nafas makin teruk
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Sebaiknya, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Kerana isu sesak nafas adalah isu yang serius. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sakit di bahagian dada? Pakar jantung kami sedia membantu!