
Sulit
5 tahun
Masalah hormon dan haid tidak teratur
Hi Doctor
Saya Berumur 27 tahun , bujang , berat badan s92kg dan Tinggi 162cm … Saya tidak mengambil apa2 ubatan selain Daripada Fish Oil untuk masalah Psoriasis…
Saya mengalami Masalah Haid Yang tidak teratur dimana pada mulanya Doctor Suggest kan untuk saya turunkan berat badan dan melakukan senaman … namun haid masih tidak teratur … kadang2 dua tiga bulan tiada haid …
apabila 6 bulan tidak datang haid , Doctor memberi saya Pil Hormon
‘Ravimed 5mg’
selepas saya consume Ravimed selama
(10 hari =2 tablet satu kali sehari)
saya masih juga tidak datang haid dan doctor ada pesan pada saya jika masih tidak ada haid , saya perlu datang semula ke Klinik …
saya tidak hadir kerana kesibukan kerja tetapi selepas 4 hari ,saya datang haid dgn bnyak dan bewarna hitam… heavy flow sehingga saya tpaksa menukar tuala wanita setiap masa…
selepas itu haid saya jdi regular untuk beberapa bulan …
sekarang masalah haid saya tidak teratur semula … dua bulan saya tidak datang haid
jadi saya start Amalkan EPO …After One month saya datang haid … darah masih hitam … kuantiti sedikit … sebesar 50 sen jd saya hanya memakai pantyliner shj …
tapi now saya mempunyai masalah jerawat yg teruk …bulu pun tumbuh di muka dan ditempat2 yang tidak sepatutnya …sebelum ini saya tidak pernah mengalami masalah jerawat dan bulu seperti ini …
adakah semua ini kesan daripd pengambilan pil hormone sblm ni ??
patutkah saya stop EPO ?? perlukah saya mengambil semula pil hormone ??
mohon doctor bagi nasihat dan pandangan atas masalah yang saya hadapi ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebelum rawatan boleh diberi, punca masalah anda haruslah diketahui. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang. SImptom yang lain termasuk bulu yang tebal atau lebat tumbuh di muka dan badan serta masalah kencing manis.
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.